Jumaat, 24 Disember 2010

Lawak Joni Di Neraka

Joni yang merupakan seorang kaki perempuan, kaki minum, kaki judi dan segala-gala jenis kaki, telah koma selepas motosikalnya berlanggar dengan sebuah treler. Sewaktu koma itu, Joni tiba-tiba melihat dirinya dibawa ke neraka. Kemudian, kedatangannya ke neraka yang panas berapi itu telah disambut oleh seekor syaitan.

Syaitan: Helo geng, selamat datang ke neraka... Hahaha!!! sekarang bagitau aku kenapa engkau dimasukkan ke neraka?

Joni: Engkau teka sendirilah, engkaukan syaitan. Sekarang aku nak tau neraka ni teruk ke?

Syaitan: Emmm... Okeylah. Kami kaum-kaum syaitan ni memang seronok duduk dalam neraka. Joni, engkau ni kaki minum tak?

Joni: Tentulah! semua jenis arak aku sebat.

Syaitan: Wah, kalau macam tu kau tentu suka hari Ahad. setiap hari Ahad kita orang akan mabuk-mabuk. Wiski, tequila, guinness, wain, todi, samsu... Kita orang minum sampai muntah.

Joni: Wow! hebat tu...

Syaitan: Engkau merokok?

Joni: Memanglah. Satu hari lima kotak. Kenapa?

Ahad, 19 Disember 2010

Gambar Yang Sangat Extreme!

Mereka ini memang sengaja bermain-main dengan maut. Mungkin bagi mereka 'normal is boring' sebab tu mereka suka lakukan sesuatu yang diluar pemikiran orang biasa. Atau mungkin juga ini gambar-gambar terakhir sebelum maut menjemput mereka? Hee apa-apa pun mari layan gambar-gambar bawah ini...


Nak tengok banyak lagi?

Pelik Tapi Benar

Seorang pekerja melakukan rutin hariannya iaitu meronda dan dengan tidak sengaja telah berjumpa dengan satu lubang yang sangat besar dan terbentuk secara misteri pada laluan yang sering digunakannya. Saiz lubang itu dianggarkan lebar 200 kaki dan mempunyai kedalaman 50 kaki! Tidak seorang pun mengetahui bagaimana lubang itu terbentuk dan ia menjadi misteri hingga kini.

Pada gambar terakhir cuba anda perhatikan bulatan merah di penjuru sebelah atas gambar. Bulatan itu menandakkan sebuah kereta. Perhatikan perbezaan kereta dan saiz lubang itu.

Sabtu, 18 Disember 2010

Bodoh

Adik: Abang, apa makna bodoh?

Abang: Bodoh maknanya orang yang cuba menjelaskan buah fikiranya dengan cara yang pelik, bombastik dan berjela-jela kepada orang lain sedangkan orang itu tidak faham dan keliru mendengarnya. Faham tak?

Gambar-gambar Haiwan Bersaiz Gergasi

Lagi gambar-gambar haiwan yang biasa kita jumpa tetapi saiz yang sungguh diluar imaginasi kita. Mungkin benar mungkin juga di edit photoshop. Apa-apa ini sekadar hiburan dan menenangkan fikiran daripada kesibukkan tugas. Soal benar atau bukan anda yang tentukan...

-

-

-

-

-

-

-

-


Nak tengok lagi?

Pinjam

Melihat kawannya, Jojo sejak tadi asyik termenung, Din pun mendekatinya

Din: Apa hal ni macam ada masalah ja?

Jojo: Aku tengah bengang dengan si Raman tu.

Din: (dengan terkejut bertanya) Raman? Kenapa pulak?

Jumaat, 17 Disember 2010

Berpantang Maut Sebelum Ajal!

Orang cakap pantang maut sebelum ajal... Selagi belum tiba masanya, Jadi apa pun Tuhan masih izinkan diri untuk hidup. Kalau tak percaya lihat gambar-gambar di bawah ni:-

-

-

-

-

-

-

-

-


Nak lihat lebih banyak gambar?

Khamis, 16 Disember 2010

Bercakap Benar

Seorang hakim mengingatkanseorang lelaki tua yang berdiri di kandang tertuduh dalam sebuah perbicaraan. Dia dituduh bernikah kali kedua dengan seorang janda berhias di selatan Thailand, tanpa kebenaran.

Hakim: Kamu tahukan... Kamu dikehendaki bercakap benar?
Lelaki tua: Tahu yang arif.

Rabu, 15 Disember 2010

Mendidik Para Suami

Cerita di bawah berlaku dalam seminar 'Mendidik Para Suami' yang diadakan di Kuala Lumpur tidak lama dahulu. Penceramah pertama ialah seorang wanita Cina.

"Nama saya Chong," kata wanita bermata sepet itu. "Saya beritau suami saya... Mulai sekarang abang yang kena buat makan malam. Hari pertama saya tak nampak apa-apa perubahan. Hari kedua pun saya tak melihat apa-apa. Tapi pada hari ketiga saya lihat di atas meja sudah tersedia makan malam." Seluruh penonton memberi sorakan semangat... "Hebat! Hebat! Bravo!"

Haiwan Bersaiz Aneh

Kita memang biasa melihat haiwan-haiwan ini
dalam saiz yang normal...
Tetapi bagaimana pula jika tiba-tiba
kita berjumpa dengan haiwan-haiwan ini
dalam saiz yang sangat luar biasa?...

-

-

-

-

Body Builder Yang Terlampau

Apabila body builder atau ahli bina badan
menjadi terlampau,
beginilah jadinya...

-

-

-

-

-

-

-




Selasa, 14 Disember 2010

Kantoi Skandal

Julie mengamuk selepas terjumpa sekeping kertas dalam poket seluar suaminya, Chong. Dia mencapai kuali dan meluru ke arah suaminya itu yang baru bangun tidur.

"Abang! Beritau saya siapa Nancy? Cakap bang, cakaappp!!!" Jerit Julie sambil mengunjukkan kertas tersebut yang tertulis perkataan NANCY.

"Nancy tu nama kuda" Jawab Chong. "Awak kan tau, petang semalam saya pergi tengok lumba kuda. Saya bertaruh kuda yang bernama Nancy".

Ooo

Lawak Polis Dan Topi

Sedang berjalan menghala ke arah balainya, topi seorang anggota polis tiba-tiba melayang-layang ditiup angin yang bertiup kencang. Suspek yang sedang diiringinya pantas berkata, "Tuan! Perlukah saya kejar topi itu?"

Isnin, 13 Disember 2010

Gambar-Gambar Google Earth Yang Menarik

Mabuk

Dua orang sahabat pergi menembak burung. Seorang minum kopi panas, seorang lagi minum todi. Tiba-tiba seekor burung punai melintas di udara. Yang meminum kopi tadi terus menembak... DAAAM!!! Tapi tak kena. DDAAAMM!!! Tak kena juga.

Sahabat yang sedang mabuk todi itu bangun terhuyung-hayang, mengacungkan senapangnya, dan... DAAMMM!!! Kena...! Burung punai itu jatuh ke tanah!

Lelaki yang minum air kopi panas itu terkejut. Lalu dia bertanya, "Wah! Hebat engkau. Tengah mabuk pun boleh tembak burung!"

Jawab kawan yang mabuk itu, "Alah, hiqq... Tujuh lapan ekor sekali terbang, hiqq... hiqq.. Takkan sekor pun tak kena beb... hiqq..."

Burger Gergasi (Hamburger King)

Ini adalah salah satu hamburger terbesar di dunia yang dipanggil sebagai "Raja Hamburger". Pembuat burger gergasi ini adalah seorang lelaki yang berkemahiran dan amat menggemari makanan segera. Mari kita lihat antara gambar-gambar Hamburger King itu.







Serius cakap tak berapa lalu nak makan. Tak tau kenapa. Kalau korang, korang makan ke?

Ahad, 12 Disember 2010

Gambar Buruk

Seorang lelaki rabun dekat pergi ke pameran lukisan. Isterinya ikut sama. Mereka meneliti potret-potret itu dengan kusyuk hinggalah tiba-tiba si suami menjerit...

"Ceh! Inilah lukisan paling buruk pernah aku tengok!" ucap si suami sambil menunding ke arah lukisan dihadapannya.

"Oii cik abang... Itu kan muka awak kat dalam cermin! Tu lah, lain kali kalau nak pergi mana-mana jangan lupa bawak cermin mata!" Kata si isteri lantas menarik telinga suaminya.

Gambar Cute: Sebelum Dan Sesudah


Aloh comeinyer tido macam tue...
Selepas Beberapa lama

-

-

-

-

-

-

-

-

-


Err... Rase-rase macam masih comei...
Hee...

Nampak Punggung?

Betul ke itu punggung awek tu? Tengok betul-betul...


Hahaha otak kuning la korang nih...

Sabtu, 11 Disember 2010

Jawatan Kosong Akauntan

Syarikat Lim Tat sibuk mencari seorang akauntan baru. Berpuluh-puluh orang datang tetapi selepas ditapis, tiga calon terbaik dipanggil untuk sesi temu duga kali kedua bagi memilih salah seorang daripada mereka. Calon pertama masuk, duuk di hadapan pengurusi syarikat.

Pengurusi: Dua campur dua berapa?
calon A: Empat, tuan.
Itu saja soalan yang dikemukakan, calon A disuruh keluar. Calon B pula masuk.


Pengurusi: Dua campur dua berapa?
calon b: Empat, tuan.
Juga satu soalan saja ditanya. Calon B keluar, masuk calon C.

Pengurusi: Dua campur dua berapa?
Calon C: Tuan nak berapa, cakap dengan saya, kecil aja masalah tu...
Pengurusi: Ya, inilah akauntan yang saya cari-cari. Tahniah, awak boleh mula bertugas esok...

Photoshop Betul-Betul Power!!!

Photoshop memang tool yang betul-betul hebat, dan kadang-kadang boleh menjadi terlalu hebat! Mungkin gambar-gambar dibawah ini boleh memberi idea kepada anda untuk jadikan gambar seseorang sebagai gurauan...

Pamela Anderson

Carmen Electra

Shakira

Brintney Spears

Jessica Biel

Anna Kournikova

Rase McGowan

Jim Carrey

Christina Aguilera

Jennifer Lopez

Jennifer Aniston

Linsay Lohan

Cameron Diaz

Obesiti abis awek-awek kesayanganku ini...
Huawaaaa!!!

Jumaat, 10 Disember 2010

Gambar-Gambar Edit Photoshop Yang Menarik

Gambar-gambar edit photoshop yang menarik
























Sangat pandai dan kreatif. Tak tahu macam mana gambar-gambar ni di edit tapi kesemuanya kelihatan sangat real...

Khamis, 9 Disember 2010

Awek Kantoi!


Awek kantoi edit gambar...
Konon-konon power la tu...
Hahaha

Gigi Palsu

Ismail, penceramah yang akan membentnagkan kertas kerja dalam satu seminar, menggelabah selepas menyedari gigi palsunya tertinggal di rumah.

"Alamak, macam mana ni, giliran saya dah dekat!" Ismail menceritakan masalahnya itu kepada lelaki yang duduk di sebelahnya.

"Jangan risau" Balas lekaki berkenaan lantas satu-satu gigi palsu dari poket kirinya.

"Terima kasih" Ucap Ismail, tergesa-gesa dia memasang gigi palsu itu tapi longgar pula! "Alamak, macam mana ni?" Dia makin panik.

"Relaks, cuba yang ini pula" Lelaki berkenaan seluk poket kanan, keluarkan seset lagi gigi palsu. Ismail mencubanya. Wah, ngam-ngam dengan saiz gusinya.

"Fuh! Nasib baik saya duduk sebelah doktor gigi". Kata Ismail ketika menjabat tangan lelaki disebelahnya itu.

"Doktor gigi? Saya penjaga bilik mayatlah" Balas lelaki tersebut.

Isnin, 6 Disember 2010

Tuntut Insurans

Di sebuah pejabat insurans... Seorang peguam terkejut bertemu sahabat lamanya, seorang doktor. Dia lalu bertanya apa urusan kawannya itu.

Peguam: You ingat tak, estet yang I beli di Chemor lima tahun lalu? Habis terbakar baru-baru ni. So I datang ni nak uruskan tuntutan insurans. You pulak buat apa kat sini?

Doktor: Dusun I di Kampung Gajah... Alah, tepi tebing sungai Perak tu, kan you pernah pergi? Baru-baru ni banjir. Habis semuanya. Seperti you jugak, I datang nak buat tuntutan insurans.

Peguam: Hebat! Macam mana you mulakan banjir tu?

Sabar

Dalam sebuah pasaraya, kelihatan seorang lelaki kelam-kabut menolak kereta sorong di mana terdapat seorang bayi yang sedang melalak di dalamnya.

Lelaki itu dengan tenang bebisik sambil menepuk-nepuk bayinya itu:
"Sabar Din, Sabar! Jangan kelam-kabut. Din... jangan menjerit, orang ramai ni. Maluuu!"

Seorang wanita yang berdiri berhampiran dengan lelaki itu tiba-tiba besuara:
"Saya kagum engan encik, sebab cukup sabar dengan Din, anak encik ni?."

Lelaki itu sambil merenung tajam ke muka wanita itu bersuara:
"Cik puan... Sayalah yang bernama Din!!!"

Ahad, 5 Disember 2010

Anak Ajaib

Suatu Petang andi sedang bermain bersama kawannya. Sedang asyik bermain, kawan-kawan Andi bercerita kisah mereka.

Ari: Ayahku selalu cakap aku anak paling istimewa kerana aku dilahirkan pada 09-09-1999, sembilan tahun setelah orang tuaku menikah.

Ati: Aku juga. Aku disebut-sebut anak bertuah kerana dilahirkan dua tahun setelah pernikahan orang tua aku, tepatnya 08-08-1998.

Andi: (Tidak mahu kalah). Ayahku cakap aku anak ajaib. Bayangkan, aku lahir pada 07-07-1998!

Ari: Apa yang ajaibnya? Kan angkanya tak sama?

Andi: Memang! Mak, Ayah aku menikah tahun 1999! Ajaiblah tu?

Sabtu, 4 Disember 2010

Cerita Menarik

PEMBERITAHUAN

Segala paparan di dalam blog ini bukanlah hak terpelihara penulis. Sebaliknya semua bahan-bahan ini hasil carian penulis dari blog-blog lain. Sekiranya penulis terambil sebarang gambar atau hak cipta terpelihara sesiapa, sila beritahu kepaa penulis untuk dibuang dari blog ini.

About Me

Foto saya
suka melihat orang lain ketawa berdekah-dekah apabila kita berjaya membuat sesuatu yang mencuit hati. kalau tak gelak, senyum pun ok la... senyum, xperlu kata apa2...lalala