Selasa, 28 Jun 2011

Takut Punya Pasal Terus Boleh Terbang!

Kajian oleh para saintis pernah menunjukan yang manusia mampu melakukan sesuatu yang diluar kebolehan atau kemampuannya apabila dia menghadapi seuatu keadaan yang mencemaskan atau merasakan diri terancam dari sesuatu perkara.

Malahan kita sendiri pun pernah melalui perkara-perkara sebegitu. Cuba anda fikir dan renungkan. Pernah tak terjadi apabila nyawa anda terancam dalam sesuatu keadaan merbahaya, dengan tiba-tiba anda melakukan sesuatu yang amat hebat? Saya sendiri pernah berlari dengan pantasnya memotong kawan-kawan yang lain ketika dikejar oleh seorang jiran ditaman akibat menuju mercun kepada rumahnya. Padahal sebelum ini kalau lawan lari, selalu saja tertinggal kebelakangan.

Kolam Renang Terdalam Dunia



Kurang pasti pula saya mengapa kolam renang sedalam ini dibina. Rasanya mungkin untuk tujuan berlatih menyelam rasanya? Saya juga kurang pasti lokasi atau di negara mana kolam ini dibina. Tapi yang pasti bukan di Malaysia. Hee...

Beranikah anda untuk mandi atau menyelam di kolam ini? Kalau tanya pada saya, saya macam kurang berani. Hahaha...

Dah dah, jom kita layan gambar-gambar kolam ini i bawah. Seperti biasa, klik pada 'baca sampai habis untuk melihat keseluruhan artikel ini :)


Sabtu, 25 Jun 2011

Himpunan Gambar Menarik


Bagaimana dengan perjalanan hari anda? Ada orang yang betul-betul menikmati kehidupannya dengan penuh kesyukuran dan seronok (macam kambing kat atas). Ada juga orang yang sentiasa menyoal tentang perjalanan hidupnya yang tidak begitu bernasig baik seperti insan lain.

Apa jua yang berlaku dalam hidup kita, itu semua sebenarnya telah ditentukan oleh yang Maha Pencipta. Untuk orang Islam, jangan dipersoalkan segala musibah yang menimpa kita. Takut lain pula jadinya nanti.

Jadi untuk menghilangkan duka dalam diri anda, mari kita layan gambar-gambar menarik di bawah ini. Hadapi dengan senyuman hari anda! :)


Jumaat, 24 Jun 2011

Foto Kelakar Gambar Aksi Pemain Bola Sepak

Kemeriahan bola sepak Malaysia kembali dirasai oleh segenap lapisan peminat bola tempatan. Kemenangan Malaysia pada kempen piala AFF Suzuki masih terus dirasai hingga kini. Malah kejayaan skuad Malaysia Olimpik Malaysia untuk melangkah ke peringkat ketiga, semakin menyemarakan kegilaan peminat bola tempatan.

Dalam keadaan kegembiraan kita rakyat Malaysia menyaksikan kebangkitan kembali arena bola sepak kita, apa kata kita berehat sambil melihat foto-foto aksi lucu di padang ini. Kelakar juga pemain-pemain bola ni. Selain berbakat dalam main bola. Berbakat juga buat lawak... Hee...



Khamis, 9 Jun 2011

Lawak Kucing

Suatu hari, seorang budak membeli beberapa bungkus serbuk pencuci di sebuah kedai dobi. Pekedai itu amat hairan apabila melihat budak tersebut membeli begitu banyak pencuci.

Pekedai: Dik nak buat apa beli banyak sangat serbuk pencuci ni?

Budak: Sabun ni untuk kucing saya mandi!

Pekedai: Untuk kucing? Banyak sangat sabun adik beli ni. Nanti mati pula kucing tu.

Tanpa menjawab pertanyaan pekedai tersebut, budak itu terus berlalu pergi bersama serbuk sabun yang dibelinya. Esoknya budak itu kembali ke kedai dobi tersebut dengan muka sedih.

Pekedai: Hah, macam mana dengan kucing adik? Dah bersih? Wangi?

Budak: Tak, kucing saya dah mati...

Pekedai: Itulah pakcik dah cakap, banyak sangat serbuk sabun yang adik beli untuk mandikan kucing tu.

Budak: Kucing saya mati bukan sebab srbuk sabun tu pakcik

Pekedai: Habis?

Budak: Kucing saya mati sebab mesin basuh tu pusing laju sangat!!!

Pekedai: &%^$$@#

Cerita Menarik

PEMBERITAHUAN

Segala paparan di dalam blog ini bukanlah hak terpelihara penulis. Sebaliknya semua bahan-bahan ini hasil carian penulis dari blog-blog lain. Sekiranya penulis terambil sebarang gambar atau hak cipta terpelihara sesiapa, sila beritahu kepaa penulis untuk dibuang dari blog ini.

About Me

Foto saya
suka melihat orang lain ketawa berdekah-dekah apabila kita berjaya membuat sesuatu yang mencuit hati. kalau tak gelak, senyum pun ok la... senyum, xperlu kata apa2...lalala