Selasa, 29 November 2011

Kahwini Anjing Betina Untuk Tebus Dosa

Seorang lelaki di India mengahwini seekor anjing betina dalam sebuah upacara Hindu untuk menebus dosanya membaling 2 ekor anjing dengan batu sehingga mati. P. Selvakumar mengahwini anjing yang dipakai sari dan dipilih oleh ahli keluarganya senditi. Anjing betina itu dimandikan sebelum upacara berlansung pada hari Ahad di kuil Hindu di Tamil Nadu.


Selvakumar,33 memberitahu pemberita bahawa dia sengsara selepas membaling dua ekor anjing sehingga mati dan kemudiannya menggantungnya pada sebatang pokok 15 tahun yang lalu.

"Selepas kejadian itu kaki dan tangan saya lumpuh dan saya kehilangan deria pendengaran pada sebelah telinga," katanya. Untuk menghapuskan sumpah yang dianggap menimpa dirinya, dia merelakan diri untuk berkahwin dengan seekor anjing.

- Sumber

Isnin, 28 November 2011

Gambar Ciuman Mulut Obama & Presiden China Tersebar!

Perusahaan pakaian yang cukup ternama, Benetton, membuat iklan sangat kontroversi iaitu gambar Perdana Menteri Amerika Serikat (AS) Barack Obama berciuman dengan Perdana Menteri Venezuela Hugo Chavez dan Presiden China Hu Jintao.


Selain menampilkan foto Obama bercium mulut dengan musuh-musuh politiknya, Benetton juga menampilkan foto Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berciuman dengan Perdana Menteri Palestin Mahmoud Abbas.

Foto ciuman antara Pemimpin Korea Utara (Korut) Kim Jong Il dan Perdana Menteri Korea Selatan (Korsel) Lee Myung Bak juga tampil dalam iklan tersebut. Demikian seperti dikutip Daily Mail.

Benetton juga memuat gambar Presiden Prancis Nicolas Sarkozy berciuman dengan Kanselor Jerman Angela Merkel. Foto ini merupakan satu-satunya yang menampilkan adegan ciuman antara seorang Perdana Menteri negara lelaki dan wanita.

Hingga saat ini, belum ada reaksi komen dari para Perdana Menteri negara atau para juru bicara terhadap foto-foto yang dinilai sangat kontroversi ini.

Benetton, yang merupakan perusahaan keluarga ini, sebelumnya juga pernah membuat iklan yang sangat kontroversi, iklan yang berkaitan dengan penyakit HIV AIDS.

- Sumber : panas web

Sabtu, 26 November 2011

Alien Planet Marikh Guna Facebook Juga?

Betul ke alien planet marikh pun guna Facebook (FB) juga sekarang ni? Tak pasti la pula akan hal itu. Tapi jika dilihat pada berbualan alien-alien ini di FB, rasa-rasa macam boleh faham juga sikit-sikit.

Cuba anda-anda baca dan terjemahkannya-


Oh, bukan bahasa planet marikh rupanya tapi bahasa budak-budak melayu yang semakin canggih... hahaha

- Sumber

Rabu, 23 November 2011

Malaysia 5 - 4 Indonesia | Selena Gomez & Artis Hollywood Ucap Tahniah

Masih lagi ada yang membicarakan tentang kemenangan pasukan Malaysia pada final SEA games dengan menumpaskan tuan rumah Indonesia sekaligus membolot pingat emas untu dua edisi berturut-turut.

Rupanya Selena Gomez dan lain-lain artis Hollywood juga turut gembira dengan kemenangan pasukan Harimau Malaya ini. Tak caya? sila lihat print screen di bawah. hehehe

Cerita Menarik

PEMBERITAHUAN

Segala paparan di dalam blog ini bukanlah hak terpelihara penulis. Sebaliknya semua bahan-bahan ini hasil carian penulis dari blog-blog lain. Sekiranya penulis terambil sebarang gambar atau hak cipta terpelihara sesiapa, sila beritahu kepaa penulis untuk dibuang dari blog ini.

About Me

Foto saya
suka melihat orang lain ketawa berdekah-dekah apabila kita berjaya membuat sesuatu yang mencuit hati. kalau tak gelak, senyum pun ok la... senyum, xperlu kata apa2...lalala