Rabu, 7 Disember 2011

Teka Gambar Apa Ini?


Gambar ini diambil dengan menggunakan Google Earth. Jika anda lihat, kelihatan ada kawasan yang berwarna hitam di kawasan tersebut.

Agak-agak, apakah ia benda warna hitam tersebut? Cuba anda teka...

Tak tahu? Jom kita Zoom dekat sikit.

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-



Oh, kawasan buangan tayar kereta lama rupanya XD

Lawak Asan & Sudin


Asan dan Sudin telah berjumpa dengan tiga biji bom tangan lalu memutuskan untuk menyerahkannya ke balai polis.

"Macam mana kalau satu dari bom ini meletup sebelum kita sampai ke balai polis?" tanya Sudin.

"Itu senang aje. Kita tipu aja denan mengatakan yang kita hanya berjumpa dua biji," jawab Asan.

Selasa, 6 Disember 2011

Lawak Profesor & Pelajar


Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri.

Profesor itu bertanya: "Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri."

Semua pelajar diam. Ada juga yang senyum. Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun.

Profesor itu berkata: "Oooh... jadi awak mengakulah diri awak ini bodoh?"

Pelajar: Bukan... sebenarnya saya kesian, tak sanggup lihat profesor seorang saja yang berdiri!

Lawak Mat Joget Insaf


Merasa sudah insaf, Mat Joget pergi ke sebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Sedang mendengar ceramah. sebuah tabung derma diedarkan.

Mat Joget dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma tersebut.

Tiba-tiba seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahu Mat Joget dan memberikannya duit sebanyak RM200.

Mat Joget tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan ke dalam tabung derma. Mat Joget menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu.

Tidak berapa lama kemudian, pak cik di belakangnya menepuk bahunya sekali lagi sambil membisikkan sesuatu ke telinga Mat Joget.

"Encik, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi," kata pak cik itu tersenyum.

Lawak Pancing Ikan


Suatu petang selepas hujan, kelihatan seorang lelaki tua sedang dudukmemancing di tepi lopak air di tepi jalan. Orang-orang yang melihatnya merasa hairan. Ada yang kasihan dan juga tertawa melihat gelagatnya. Tiba-tiba Bedul menghampirinya dan bertanya...

Bedul : Pak cik mancing ikan ke?
Lelaki Tua : Ya.
Bedul : Pak cik memancing ikan ni untuk jual atau makan?
Lelaki Tua : Untuk makan.
Bedul : Oh... Kalau begitu pak cik ikut saya... saya belanja makan...

Mulanya pak cik itu menolak, tapi selepas dipaksa akhirnya dia akur. Bedul pula asyik ketawa bila mengenangkan kebodohan pak cik itu mengail ikan dalam lopak air.

Sambil makan si Bedul bertanya lagi.

Bedul : Pak cik mancing di lopak air tu ada ikan ke?
Lelaki Tua : Oh, ada.
Bedul : Biar betul pak cik ni... dah berapa ekor dapat?
Lelaki Tua : Kamu yang kelima! :)

Gambar Ciptaan Kreatif | Bookend


kreatif dan unik si designer inikan. Jika anda masih belum tahu apakah gambar ini, ia adalah rak buku atau tempat sendal buku yang direka dengan satu imej seperti orang kenit yang seolah-olah meelihat buku tersebut jatuh kepadanya.

Agak-agak di Malaysia ada jual tak? IKEA mungkin ada, ye tak? :)

Ahad, 4 Disember 2011

Askar AS Gunakan Robot Berwajah Arab Dalam Latihan Menembak

Tentera Marin Amerika Syarikat (AS) mereka bentuk latihan menembak menggunakan peluru hidup dengan sasaran robot yang berwajah seperti orang Arab.


Direka oleh firma Marathon Targets yang beribu pejabat di Australia, robot tersebut telah pun diuji oleh tentera Marin AS dan diluluskan oleh ketua-ketua tentera dan pasukan pertama kini telah pun dihantar ke pangkalan di Quantico, Virginia yang melibatkan kos bernilai AU$57 juta (RM182 juta).

Robot itu menyediakan tahap realiti latihan menembak paling menakjubkan, contohnya, apabila satu daripada robot itu ‘terbunuh’, robot yang lainnya akan bertempiaran mencari perlindungan.

Ketua Pegawai Eksekutif Marathon Targets, Dr. Alex Brooks berkata, robot sasaran pintar itu boleh melaksanakan senario kompleks yang dirancang dan mampu bergerak tanpa diduga di dalam dan di luar penglihatan pelatih.

Robot sasaran pintar itu turut mampu bekerja dalam pasukan, bergerak bebas di seluruh kawasan sasaran dan pasukan elit sendiri mengakui ia dapat memperbaiki kemahiran menembak mereka dan keberkesanan serangan.

- AGENSI

Cerita Menarik

PEMBERITAHUAN

Segala paparan di dalam blog ini bukanlah hak terpelihara penulis. Sebaliknya semua bahan-bahan ini hasil carian penulis dari blog-blog lain. Sekiranya penulis terambil sebarang gambar atau hak cipta terpelihara sesiapa, sila beritahu kepaa penulis untuk dibuang dari blog ini.

About Me

Foto saya
suka melihat orang lain ketawa berdekah-dekah apabila kita berjaya membuat sesuatu yang mencuit hati. kalau tak gelak, senyum pun ok la... senyum, xperlu kata apa2...lalala