Khamis, 20 September 2012

Lelaki Sembelih Budak Terima Balasan Dibakar Hidup-hidup

Lelaki Bunuh Budak Sekolah Dibakar Hidup-Hidup
Satu kumpulan perusuh membalas dendam terhadap seorang lelaki yang dikatakan pihak berkuasa membunuh dua kanak-kanak di sebuah sekolah rendah, semalam.Menteri Dalam Negeri, Mauricio Lopez Bonilla berkata, lelaki mabuk yang dikenali sebagai Julio Saquil itu menceroboh masuk ke sekolah di Tactic, Alta Verapaz, di utara negara itu sebelum menyembelih dua kanak-kanak dengan sebilah parang.

http://i.imgur.com/JNprI.jpg
Bonilla berkata, sekumpulan perusuh kemudian membawa Saquil, 35, ke halaman sekolah itu dan membakarnya hingga mati.“Dia berjalan masuk ke dalam sebuah kelas dan mula menyerang pelajar. Dia memenggal kepala seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun dan menyembelih seorang murid perempuan berusia lapan tahun dengan parang,” kata anggota bomba Tactic, Wilson Cahuec.
http://i.imgur.com/Ehdyj.jpg
Pihak berkuasa tempatan berkata, Saquil mempunyai sejarah terbabit dengan masalah dadah dan keganasan, tetapi mereka belum dapat mengenal pasti motif serangannya.Pihak berkuasa mengenal pasti murid yang mati itu sebagai Evelyn Yanisa Saquij Bin, 8, dan Juan Armando Coy Cal, 13.Mayat kanak-kanak itu mempunyai kesan kecederaan yang cuba mempertahankan diri.
http://i.imgur.com/H3Bgi.jpg
Sementara itu, Fox News melaporkan kumpulan perusuh terbabit terdiri daripada guru-guru dan penduduk tempatan.Hukuman tanpa perbicaraan bukan satu perkara luar biasa di Guatemala di mana bilangan polis agak kurang.Agensi hak asasi kemanusiaan negara itu pula berkata, 234 percubaan menghukum bunuh tanpa bicara berlaku tahun lalu dan sekurang-kurangnya 40 orang maut.
http://i.imgur.com/cWzB8.jpg
Ekoran perbuatan ganas itu, ketegangan semakin berleluasa di kawasan kejiranan tempatan yang mula bertindak melakukan hukuman sendiri.Baru-baru ini, empat lelaki yang disyaki mencuri ditangkap dan dibelasah oleh penduduk yang berang. Mereka menganggap kaedah hukuman yang dilakukan mereka lebih sesuai berbanding undang-undang pihak berkuasa.

Rabu, 19 September 2012

Awas! Tingkah Laku Anda Di Bilik Air Diperhatikan Di Tingkat 18!

Beginilah keadaan bilik air sebuah 'Kelab Bom Boom'  yang terletak di tingkat 18 hotel ekslusif New York.  Orang ramai boleh melihat dengan jelas gelagat pengguna tandas dari jalanan. Bilik air bertingkapkan kaca tanpa langsir ini mempunyai suasana pemandangan yang amat indah dimana pengguna bilik air dapat melihat keindahan kota kerana kedudukannya di tingkat 18.

Namun sama ada pengguna tahu atau memang buat-buat tidak tahu bahawa mereka dapat dilihat oleh umum, tanpa segan silu mereka terus menunaikan hajat masing-masing sambil menikmati keindahan pemandangan kota dari tingkap kaca bilik air.
Wanita ini tidak menyedari dia sedang diperhatikan orang ramai yang lalu-lalang di hadapan hotel tersebut

Bilik air ini tidak mempunyai sebarang tanda amaran menyatakan mereka boleh dilihat oleh umum dan sebenarnya sedang diperhatikan.

Orang ramai terutamanya para pelancong begitu terkejut dengan suasana begini kerana tandas bukan lagi sebagai tempat privasi malah menjadi tempat tontonan umum.[dailymail]

 Watch out! There are no signs in the bathrooms warning patrons that they can be seen from below
 The bathrooms are on the 18th floor of the Standard Hotel which arches over the High Line park
 Keindahan kota boleh dilihat dari dalam bilik air transparent
Disbelief: Tourists point at the shocking views of people using bathrooms in the hotel above

Selasa, 18 September 2012

Ngeri! Gambar-gambar Bayi Klon Yang Gagal


 Berita tersebut dihembuskan oleh Clonaid, syarikat yang bergerak dibidang pengklonan makluk hidup yang beribu pejabat di Bahamas.

Bayi tersebut dilahirkan melalui bedah Caesar di lokasi yang dirahsiakan. “Bayi tersebut dalam keadaan sihat,” demikian kenyataan akhbar yang disampaikan oleh Brigitte Boisselier, Presiden Clonaid waktu itu seperti dipetik Newscientist. Adapun bayi tersebut merupakan hasil kloningan dari seorang wanita berusia 31 tahun asal Amerika Syarikat yang mempunyai pasangan yang mandul.

  Bigitte Boisselier, Presiden Clonaid yang kontroversial

Walau kabar tersebut banyak diragukan, namun Boisselier tetap bergerak dan berkeras bahawa hal tersebut akan menjadi tunggak baru dalam sejarah umat manusia. Dan peristiwa ini, benar-benar telah membawa banyak syarikat sejenis untuk cuba melakukan hal serupa.

Proses pengkloningan manusia merupakan proses yang rumit kerana DNA manusia amat kompleks. Sulit memetakan DNA manusiaa, memilih gen yang baik dan membuang gen yang buruk. Banyak sekali kegagalan dalam proses pengkloningan manusia. Hasilnya pun mengerikan.

Banyak yang tidak tahu bahawa risiko terbesar dari makhluk hasil pengkloningan adalah kelahiran yang cacat dan tidak sempurna. Selama ini kita tidak pernah mengetahui betapa teruk daripada bayi-bayi hasil pengklonan manusia yang gagal. Inilah bayi-bayi hasil pengklonan manusia yang gagal:



Bayi-bayi cacat hasil kloning yang gagal

Gambar-gambar diatas bocor oleh anasir salah satu syarikat yang tidak disebutkan dan beredar luas di kalangan para netizen di seluruh dunia, walau gaungnya tidak seheboh saat pertama kali kambing Dolly diterbitkan. Namun gambar-gambar ini menjadi perdebatan hangat di kalangan saintis perubatan dan biologi molekul.

Yang patut diingat adalah pengkloningan manusia ini sebenarnya diharamkan oleh semua agama, sebab melanggar fitrah. Hanya Tuhan saja yang mempunyai kuasa untuk mencipta. Manusia sekalipun tidak akan dapat mendekati kesempurnaan Tuhan. Dan akibat dari hal tersebut adalah seperti yang boleh kita lihat dalam gambar diatas.

Semoga ini menjadi pelajaran buat kita semua agar selalu ingat bahawa Allah Maha Besar Kuasa-NYA.

- Sumber

Isnin, 17 September 2012

Awek Cun Kena Belasah Dengan Polis


Niat seorang polis trafik yang cuba menasihati seorang gadis yang menjual sirih ditepi jalan di Taiwan, akhirnya bertukar menjadi pergaduhan apabila beliau membelasah gadis tersebut.

Pada mulanya, polis trafik itu telah menegur gadis tersebut dengan baik kerana beliau berpakaian terlalu menjolok mata ketika menjalan urusan perniagaannya.

Aksi gadis tersebut kelihatan bertambah lucah apabila sengaja duduk bertinggung hingga menampakkan seluar dalamnya untuk menarik pelanggan.


Setelah ditegur dengan baik, tiba-tiba gadis tersebut berang dan menengking pegawai polis tersebut. Kemudian pegawai polis tersebut memberi amaran kepada gadis itu supaya bersabar kerana tindakannya itu akan boleh menyebabkan beliau di tahan kerana menghina pegawai kerajaan.

Situasi menjadi lebih kronik apabila gadis seksi tersebut menengking pegawai polis itu, akibatnya beliau ditarik keluar dari kedai untuk ditahan. Akhirnya pergelutan berlaku antara mereka berdua, dan gadis tersebut teruk dibelasah.

Kejadian tersebut dirakamkan melalui pelbagai sudut CCTV dan juga telefon bimbit. Video ini menjadi perbualan hangat mengenai siapa salah dan siapa betul

- Sumber

Cerita Menarik

PEMBERITAHUAN

Segala paparan di dalam blog ini bukanlah hak terpelihara penulis. Sebaliknya semua bahan-bahan ini hasil carian penulis dari blog-blog lain. Sekiranya penulis terambil sebarang gambar atau hak cipta terpelihara sesiapa, sila beritahu kepaa penulis untuk dibuang dari blog ini.

About Me

Foto saya
suka melihat orang lain ketawa berdekah-dekah apabila kita berjaya membuat sesuatu yang mencuit hati. kalau tak gelak, senyum pun ok la... senyum, xperlu kata apa2...lalala