Isnin, 15 Oktober 2012

Tutorial Tudung Terkini

Fesyen-fesyen tudung terkini. Sangat sesuai bagi mereka yang mahukan kelainan daripada fesyen tudung yang sediada pada masa ini.

Selain simple, ia juga mampu menarik perhatian orang-orang di sekeliling anda jika digayakan fesyen ini.

Sila lihat dengan teliti langkah-langkah menggayakan tudung ini di bawah-

-

-

-

-

-

-

-

-



 

Lawak Si Kecil Johan & Pasu Bunga


Si Kecil Johan buat hal lagi. Kali ini si Kecil Johan bersiul-siul datang berjumpa ibunya. Wah, senang hati betul dia.

Johan: Mak, Mak ingat tak pasu biru cantik yang selalu Mak risau sangat kalau saya terpecahkan tu?

Mak: Ingat. Pasu yang Mak beli kat Sarawak tu. Kenapa Johan?

Johan: Ha, Sekarang mak dah tak perlu risau lagi (sambil berlalu pergi dengan senang hati)...

Ahad, 14 Oktober 2012

Lawak Si Kecil Johan & Tangga


 Si kecil Johan, budak berusia tujuh tahun berperut buncit, berlari mendapatkan ibunya yang sedang sibuk memasak.

Johan: Mak! Mak! cepat Mak, Johan terlanggar tangga kat luar tu. Tangga tu dah jatuh!

Mak: Budak ni, tak nampak ke Mak tengah sibuk? Pergi beritahu Abah kau tu!

Johan: Abah dah tahu, dia tengah tergantung kat bumbung...

Lawak Pesakit & Doktor


Suatu pagi yang suam-suam kuku, Pak cik Aman ke klinik berjumpa doktor. kreettt, pintu di buka...

Doktor: Ha, Pak cik Aman... Sakit apa Pak cik?

Pak cik Aman: Tuan doktor, saya rasa saya ni ada penyakit lupa. Sekejap sekejap lupa. Sekejap sekejap lupa. Dah nyanyuk ke saya ni?

Doktor: Ooo serius tu. Pak cik pernah tak hidapi penyakit tu sebelum ni?

Pak cik Aman: Maaf, sakit apa yang doktor maksudkan?

Sabtu, 13 Oktober 2012

Lawak Pengarah & Pelakon Baru


 Carian Google

Ahmad bercita-cita untuk menjadi pelakon. Lalu pada suatu hari dia menghadiri satu uji bakat bagi mencari bakat-bakat baru.

Pengarah Filem: Okey, kita dah selesai screen test. Sekarang tinggalkan nombor awak, saya akan hubungi awak bila saya perlukan seorang pelakon untuk watak orang tua.

Ahmad: Tapi saya muda lagi director! (sambil kehairanan)

Pengarah Filem: Oh, itu tak mengapa. Bila saya telefon awak nanti, awak dah tak muda lagi

Ahmad: (tak nak ambil berlakon cakap je la tak nak)... #$@#!@#$%!!!!

Selasa, 9 Oktober 2012

Fakta Tersembunyi Dalam Lagu Bunyi Gitar Dari Filem Tiga Abdul

Baru Mat tahu yang lagu Bunyi Gitar P.Ramlee yang dimuatkan dalam filem Tiga Abdul rupa-rupanya mengandungi satu rahsia.

Macam mana la Mat Boleh tak perasan walaupun dah tonton filem tersebut beratus-ratus kali.


Tahukah anda yang mendiang Kurt Kobain dari kumpulan Nirvana mendapat ilham menggubah lagu Smell Like Teen Spirit daripada lagu bunyi gitar?

Tak percaya?

Sama seperti Mat pada pertama kali mendengar hal ini. Kalau tak percaya, jom kita layan video Bunyi Gitar di bawah ini dan anda akan jumpa persamaan lagu tersebut.


Amacam? Dah percaya? Samakan... Hahaha

Rabu, 3 Oktober 2012

Hanya Kerana Status Di FB | Wanita Bunuh Teman Lelaki!

Hati-hati nak update status di Facebook lagi-lagi jika status yang di update itu ada kaitan dengan seseorang yang anda dikenali.


Di San Juan seorang wanita berumur 27 tahun di Puerto Rico disyaki membunuh teman lelakinya selepas tidak berpuas hati dengan status kekasihnya di Facebook.

Menurut polis, Wilinilia Sanchez Falcon dipercayai menikam Jesus Rivera Algarin, 25, hingga mati di bandar Comerio, kelmarin.

Hasil siasatan awal polis mendapati Sanchez berang selepas mangsa menghantar mesej di akaun Facebook miliknya yang didakwa sengaja untuk mencetuskan provokasi .

- AP

Video Babak Kematian Paling Teruk Dalam Filem

Kali pertama Mat tonton video ni, Mat ketawa berdekah-dekah. Punya la sadis babak dari filem aksi ini. Kematian lelaki ini tersangat la lawak!

Sekiranya anda menonton tetapi tidak ketawa, nescaya salah satu dari urat ketawa anda dah putus! cepat-cepat pergi periksa dengan doktor.


Mengikut diskripsi yang terdapat pada video ini, filem ini diterbitkan pada tahun 1973 bertajuk 'Kareteci Kiz'. Negara asal filem ini adalah Turki.

Jom layan video di bawah ini :)


Selasa, 2 Oktober 2012

Sayang Punya Pasal, Bapa Simpan Mayat Anak Selama Enam Tahun Dalam Peti Sejuk!

Kehilangan orang tersayang kadang-kala memang sukar untuk diterima. Namun sebagai manusia, kita kena akui bahawa sesuatu yang hidup pasti akan mati juga di kemudian hari.

Kisah seorang bapa yang menyimpan mayat anaknya selama enam tahun di dalam peti sejuk akibat tak sanggup berpisah di bawah ini, menunjukkan sifat kasih sayang yang amat tinggi seorang ayah kepada anaknya.


BEIJING - Seorang bapa di Huangling sanggup menyimpan mayat anak lelakinya yang berumur 18 tahun di dalam peti sejuk sejak enam tahun lalu kerana tidak sanggup berpisah dengan anaknya.

Tukang kayu berumur 54 tahun itu juga nekad memasang generator elektrik untuk memastikan mayat anaknya tidak terjejas memandangkan kawasan tersebut kerap mengalami gangguan bekalan elektrik.

Menurut Tian Xueming, apabila sudah tiba masanya, dia dan isterinya akan mengebumikan anak mereka mengikut upacara dan adat masyarakat setempat.

- MailOnline

Cerita Menarik

PEMBERITAHUAN

Segala paparan di dalam blog ini bukanlah hak terpelihara penulis. Sebaliknya semua bahan-bahan ini hasil carian penulis dari blog-blog lain. Sekiranya penulis terambil sebarang gambar atau hak cipta terpelihara sesiapa, sila beritahu kepaa penulis untuk dibuang dari blog ini.

About Me

Foto saya
suka melihat orang lain ketawa berdekah-dekah apabila kita berjaya membuat sesuatu yang mencuit hati. kalau tak gelak, senyum pun ok la... senyum, xperlu kata apa2...lalala