Khamis, 6 Jun 2013

Lawak Si Kecil Johan | Nak Kahwin


Johan : " Ayah, Saya nak kahwin "

Ayah : " Apaaaaa, kahwin????? kamu kan baru berusia 10 tahun "

Johan : " Biarlah, asalkan kahwin "

Ayah : " ye la-ye la. Kamu dah ada calon ke ?"

Johan : " Ada. Saya nak kahwin dengan nenek "

Ayah : " La.... kamu tidak boleh kahwin dengan Ibu Ayah

Johan : " Siapa kata? Ayah boleh pula kahwin dengan Ibu Saya"

ayah : " !@#$%#$%# (@_@)

Rabu, 5 Jun 2013

Lawak Si Kecil Johan | Tak Sihat


Si Kecil Johan merasa badannya lemah dan sakit ketika dia berada di pasaraya bersama ibunya.

"Mama," kata si kecil Johanl itu..
"Bolehkan kita balik sekarang?"

"Tidak," jawab ibunya.

"Ma, saya rasa hendak muntah!" kata si kecil Johan.

"Keluarlah, pergi ke tandas di tingkat atas..."

Setelah kira-kira 20 saat, si kecil Johan kembali ke tempat duduknya.

"Sudah selesai?" tanya ibunya.

"Ya."

"cepatnya?"

"Saya tidak pergi ke tingkat atas.. Ma," kata anaknya lalu menyambung..
"Kat tepi tu ada sebuah kotak derma... disitu tertulis "UNTUK ORANG YANG SAKIT’

Selasa, 4 Jun 2013

Lawak Doktor Kantoi


Dam!! Pintu pejabat sebuah hopital dihempas. Seorang doktor muda kelam kabut masuk, menggelabah puyuh, jumpa doktor senior.

Doktor Senior : Kenapa ni?
Doktor muda : (Termengah-mengah memberitahu) Saya dah buat silap masa isi borang kematian pesakit.. Habislah.. Matilah saya..

Doktor Senior : Silap macam mana pulak?
Doktor muda : Saya tersain nama saya kat punca kematian..

Isnin, 3 Jun 2013

Lawak Siapa Hebat?


Cerita ni berlaku kat Sarawak..ada 2 org pemuda ni suka sangat nak compete kehebatan dengan satu sama lain. Pada suatu hari,mereka berjalan-jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka ternampak seorang gadis cantik molek,ape lagi..mula la diorang ni nak show off sape yang lebih hebat.

Pemuda yang pertama pun mengeluarkan pedangnya dan berdiri 50 meter dari gadis tu..sebiji epal diletakkan atas kepala gadis dan....szuuupppp!!! epal terbahagi kepada dua..HEBAT. lalu pemuda tu dengan bangga bin sombongnya menabik dada dan berkata :'' I AM ZORRO''.

Pemuda kedua pun tak mau kalah. dia pun mengeluarkan anak panah lalu melangkah 100 meter dari gadis tersebut.anak panah d'targetkan ke epal yang berada di atas kepala gadis tersebut...sekali tarik,zzuuuuuuuppppp!! epal pun terbahagi kepada dua...(bagai pinang dibelah dua la konon).dengan muka bongkak lagi angkuh dia pun menabik dada dan berkata :''I AM ROBIN HOOD''.

Tiba-tiba seorang pemuda tempatan lalu di tmpat tersebut..melihat kejadian itu,hati pemuda itu jadi panas. ''cisss..dasar budak omputeh tak tau diri,ingat senang-senang ke nak ngorat anak gadis kampung kami ni,ingat diorang je ke hebat..'' kata hatinya..ape lagi,dia pun dengan slumbernya melangkah 200 meter dari gadis tu..

tak perlu nak cakap,jantung si Zorro dan Robin Hood rasa macam mau meledak je,rasa tercabar sangat..peduli la si pemuda tempatan ni,dia dengan slumber menyumpit dan...preeaaaaaaaaakkkk!!! terkena kepala gadis tersebut...dengan muka slumber dia pun berkata ''I AM SORRY''.

Ahad, 2 Jun 2013

Lawak Kahwin | Boleh Test Drive Dulu?


Bakal mertua : Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye...

Bakal menantu : Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat...

Bakal mertua : Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap.

Bakal menantu: Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 10ribu.. 12ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus, anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan.

Bakal mertua : @$%@#@#$%^#@#$^&&%#@

Sabtu, 1 Jun 2013

Lawak Si Kecil Johan | Panadol


Danial melihat rakannya, Johan sedang membuat milo. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Danial bertanya kepada Johan…

Danial: “Kenapa kau masukkan panadol dalam milo tu?”

Johan: “milo ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”

Danial: Bijaknya kawan aku (tangan ke dada, mata ke atas)

Cerita Menarik

PEMBERITAHUAN

Segala paparan di dalam blog ini bukanlah hak terpelihara penulis. Sebaliknya semua bahan-bahan ini hasil carian penulis dari blog-blog lain. Sekiranya penulis terambil sebarang gambar atau hak cipta terpelihara sesiapa, sila beritahu kepaa penulis untuk dibuang dari blog ini.

About Me

Foto saya
suka melihat orang lain ketawa berdekah-dekah apabila kita berjaya membuat sesuatu yang mencuit hati. kalau tak gelak, senyum pun ok la... senyum, xperlu kata apa2...lalala