Rabu, 17 Julai 2013

Tips Cantikkan Muka | Guna Lendir Siput?


Percaya atau tidak, lendir siput babi mampu membuatkan kulit wajah anda nampak mulus dan licin? Menurut Catlin Cottage dalam laman web mengenai krim siput babi, haiwan ini mempunyai serum yang kaya dengan anti oksida untuk membantu mencegah penuaan.

Selain itu, penggunaan krim siput juga mampu mengatasi kulit yang selalu terdedah kepada cahaya matahari.

Sebuah salon di Tokyo juga turut memperkenalkan terapi urutan siput babi dengan membiarkan beberapa siput babi berjalan di muka dan meninggalkan lendir-lendir yang mengandungi asidhyaluronik, gloikolik dan elastin.

Pengurus salon itu juga mendakwa siput babi juga membantu memberi kelembapan kepada kulit, mencegah keradangan dan membuang sel kulit mati.

Selain itu, pelakon Hollywood terkenal, Katie Holmes juga pernah menggunakan krim yang diperbuat daripada lendir siput babi dan mendakwa krim tersebut mampu menghilangkan parut pada wajahnya.

- Yahoo! news

Khamis, 6 Jun 2013

Lawak Si Kecil Johan | Nak Kahwin


Johan : " Ayah, Saya nak kahwin "

Ayah : " Apaaaaa, kahwin????? kamu kan baru berusia 10 tahun "

Johan : " Biarlah, asalkan kahwin "

Ayah : " ye la-ye la. Kamu dah ada calon ke ?"

Johan : " Ada. Saya nak kahwin dengan nenek "

Ayah : " La.... kamu tidak boleh kahwin dengan Ibu Ayah

Johan : " Siapa kata? Ayah boleh pula kahwin dengan Ibu Saya"

ayah : " !@#$%#$%# (@_@)

Rabu, 5 Jun 2013

Lawak Si Kecil Johan | Tak Sihat


Si Kecil Johan merasa badannya lemah dan sakit ketika dia berada di pasaraya bersama ibunya.

"Mama," kata si kecil Johanl itu..
"Bolehkan kita balik sekarang?"

"Tidak," jawab ibunya.

"Ma, saya rasa hendak muntah!" kata si kecil Johan.

"Keluarlah, pergi ke tandas di tingkat atas..."

Setelah kira-kira 20 saat, si kecil Johan kembali ke tempat duduknya.

"Sudah selesai?" tanya ibunya.

"Ya."

"cepatnya?"

"Saya tidak pergi ke tingkat atas.. Ma," kata anaknya lalu menyambung..
"Kat tepi tu ada sebuah kotak derma... disitu tertulis "UNTUK ORANG YANG SAKIT’

Selasa, 4 Jun 2013

Lawak Doktor Kantoi


Dam!! Pintu pejabat sebuah hopital dihempas. Seorang doktor muda kelam kabut masuk, menggelabah puyuh, jumpa doktor senior.

Doktor Senior : Kenapa ni?
Doktor muda : (Termengah-mengah memberitahu) Saya dah buat silap masa isi borang kematian pesakit.. Habislah.. Matilah saya..

Doktor Senior : Silap macam mana pulak?
Doktor muda : Saya tersain nama saya kat punca kematian..

Cerita Menarik

PEMBERITAHUAN

Segala paparan di dalam blog ini bukanlah hak terpelihara penulis. Sebaliknya semua bahan-bahan ini hasil carian penulis dari blog-blog lain. Sekiranya penulis terambil sebarang gambar atau hak cipta terpelihara sesiapa, sila beritahu kepaa penulis untuk dibuang dari blog ini.

About Me

Foto saya
suka melihat orang lain ketawa berdekah-dekah apabila kita berjaya membuat sesuatu yang mencuit hati. kalau tak gelak, senyum pun ok la... senyum, xperlu kata apa2...lalala