Misteri Lampu Tandas


Satu hari Usop terbangun di tengah malam kerana nak membuang air kecil. Dia pun masuk ke bilik air.

Usop sungguh terkejut bila lampu bilik air tiba-tiba terbuka sendiri.

Setelah selesai membuang air kecil dia pun terus keluar dan dia tutup pintu  bilik air...

Sekali lagi dia terkejut bila lampu bilik air tu tertutup sendiri...

Cepat-cepat dia kejutkan bini dia yang tengah lena tidur.

Dia pun menceritakan hal yg terjadi di bilik air tadi..lampu tu terbukak dan padam sendiri.

Bini Usop yang dalam keadaan sedar tak sedar tu pun  berkata..

"Dah... dia buat dah perangai lama...apesal abang kencing dalam peti ais...???

Ulasan