Jumaat, 31 Mei 2013

Misteri Lampu Tandas


Satu hari Usop terbangun di tengah malam kerana nak membuang air kecil. Dia pun masuk ke bilik air.

Usop sungguh terkejut bila lampu bilik air tiba-tiba terbuka sendiri.

Setelah selesai membuang air kecil dia pun terus keluar dan dia tutup pintu  bilik air...

Sekali lagi dia terkejut bila lampu bilik air tu tertutup sendiri...

Cepat-cepat dia kejutkan bini dia yang tengah lena tidur.

Dia pun menceritakan hal yg terjadi di bilik air tadi..lampu tu terbukak dan padam sendiri.

Bini Usop yang dalam keadaan sedar tak sedar tu pun  berkata..

"Dah... dia buat dah perangai lama...apesal abang kencing dalam peti ais...???

Khamis, 30 Mei 2013

Lawak Pasangan Kekasih


lawak pasangan kekasih

Gadis : hari ni sy jalani pembedahan jantung .

Jejaka : sy tau :') I love you .

Gadis : I love you too ..

(Bile sedar dari pembedahan , gadis tengok jejaka takde . Tp ayah die je yg ade)

Gadis : mane Jejaka saya ayah ?

Ayah : Siti tau tak sape dermakan jantung untuk siti ?

Gadis : apaaaaa ? ( Terus menangis ) T_T

Ayah : hehe takde la . Ayah melawak je . Die pegi tandas ;D

Rabu, 29 Mei 2013

Cara Mengeratkan Hubungan Berkesan Dengan Rakan Sebilik (Roommate)


Cara mengeratkan hubungan berkesan dengan rakan sebilik

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka *****, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."

10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka ***** dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

Selasa, 28 Mei 2013

Lawak Si Kecil Johan | Mama Marah!


lawak si kecil johan | Mama Marah

Mama : Johan, mari sini!

Johan : ya mama, kenapa?

Ibu : You really disappoint me. Keputusan kamu sangat teruk!

Johan : Tapi mama, Johan hanya akan dapat buku laporan Johan esok.

Mama : mama tahu, tapi mama nak ke hong kong esok, jadi mama akan hukum kamu sekarang.

Isnin, 27 Mei 2013

Lawak Si Kecil Johan | Matematik


lawak si kecil johan

Papa : Amin, Kenapa kamu gagal dalam ujian matematik?

johan : Pada hari isnin, cikgu cakap 3+5 = 8

Papa : Jadi, apa masalahnya?

Johan : Hari selasa, cikgu cakap 4+4=8 , hari rabu cikgu cakap 6+2=8.

kalau cikgu sendiri tak pasti dengan soalan, bagaimana saya nak dapat jawapan yg betul?

Ahad, 26 Mei 2013

Lawak Polis & Pemandu


polis lawak

Disebuah lebuh raya yang tak bape nak sesak dengan kereta2...Sazali memecut kereta nya dan kelihatan beberapa kereta disebelahnya juga memecut dengan kelajuan yang sama dengannya...Tiba-tiba apabila dia melalui kawasan speed trap.

..Sazali di tahan polis..setelah menandatangani surat saman nya die bertanya kepada polis tersebut.."Tuan..saya rase tidak berapa adil la...tadi saya membawa kereta sama laju dengan kereta2 yang bersebelahan saya..tapi kenapa saya sorang je kene saman"...Polis itu pun berkata " kamu penah pergi memancing tak?....Lantas Sazali menjawab.."Penah..."...Dengan selamba Polis itu pun berkata "Kamu penah ke dapat semua ikan yang kamu nampk"...

Sabtu, 25 Mei 2013

Lawak Burung Kakak Tua & Ahli Silap Mata


burung kakak tua lawak

Seorang ahli silap mata mempertunjukkan kebolehannya di sebuah kapal mewah di lautan Caribbean.

Penontonnya selalu berganti setiap minggu tetapi dia tetap mengulang-ulangi trik yang sama.

Masalahnya adalah: Seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata milik kapten kapal selalu melihat pertunjukannya setiap minggu dan menjadi tahu tipuan-tipuan yang dilakukan oleh ahli silap mata .

Suatu malam ketika ahli silap mata membuat pertunjukan, si burung berteriak di tengah-tengah pentas.

"Lihat.. !! Itu bukan topi yg sama !!"

"Dia menyembunyikan bunga-bunga itu di bawah meja !!"

"Hey... semua daun terupnya,daun A !! "

Si ahli silap mata sangat jengkel tapi tidak dapat berbuat apa-apa.

Suatu hari kapal tersebut mengalami kecelakaan dan tenggelam. Si ahli silap mata terapung2 di tengah lautan di atas sebuah papan bersama si burung kakak tua.

Mereka saling pandang memandang dgn penuh kebencian tapi tidak mengucapkan satu patah kata pun.

Ini berlangsung berhari-hari.Si ahli silap mata pun hairan kenapa si burung tak mahu terbang menyelamatkan diri.Setelah satu minggu, tiba-tiba si burung berkata

"OK... saya menyerah!! Di mana kamu sembunyikan kapalnya ??"

Jumaat, 24 Mei 2013

Fakta Yang Boleh Buat Sakit Kepala Membacanya


1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.

3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya,cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.

4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"

5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.

6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'cxxxi' kat depan orang tua-tua.

7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.

8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.

10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok.

Cerita Menarik

PEMBERITAHUAN

Segala paparan di dalam blog ini bukanlah hak terpelihara penulis. Sebaliknya semua bahan-bahan ini hasil carian penulis dari blog-blog lain. Sekiranya penulis terambil sebarang gambar atau hak cipta terpelihara sesiapa, sila beritahu kepaa penulis untuk dibuang dari blog ini.

About Me

Foto saya
suka melihat orang lain ketawa berdekah-dekah apabila kita berjaya membuat sesuatu yang mencuit hati. kalau tak gelak, senyum pun ok la... senyum, xperlu kata apa2...lalala