Lawak Pancing Ikan


Suatu petang selepas hujan, kelihatan seorang lelaki tua sedang dudukmemancing di tepi lopak air di tepi jalan. Orang-orang yang melihatnya merasa hairan. Ada yang kasihan dan juga tertawa melihat gelagatnya. Tiba-tiba Bedul menghampirinya dan bertanya...

Bedul : Pak cik mancing ikan ke?
Lelaki Tua : Ya.
Bedul : Pak cik memancing ikan ni untuk jual atau makan?
Lelaki Tua : Untuk makan.
Bedul : Oh... Kalau begitu pak cik ikut saya... saya belanja makan...

Mulanya pak cik itu menolak, tapi selepas dipaksa akhirnya dia akur. Bedul pula asyik ketawa bila mengenangkan kebodohan pak cik itu mengail ikan dalam lopak air.

Sambil makan si Bedul bertanya lagi.

Bedul : Pak cik mancing di lopak air tu ada ikan ke?
Lelaki Tua : Oh, ada.
Bedul : Biar betul pak cik ni... dah berapa ekor dapat?
Lelaki Tua : Kamu yang kelima! :)

Ulasan