Pemandu Bodoh

Datuk K dan Datuk M duduk di lobi hotel sambil mengutuk pemandu masing-masing.

"You tau," kata Datuk K, "driver I tu bodoh betul! cuba you tengok ni."

Terus Datuk K panggil pemandunya yang sedang duduk berbual dengan pemandunya Datuk M di luar hotel. Apa lagi, mencicit lelaki itu mendapatkan Datuk K.

"Dol," kata Datuk K, "ini duit 10 ringgit, pergi kedai kereta. Belikan saya Mercedes mata belalang, dua"

"Baik Datuk! sekarang juga saya pergi." Macam lipas kudung Dol berlari ke kedai kereta setengah kilometer dari situ.

KAH! KAH! KAH!



Dua orang Datuk berlagak itu ketawa berdekah-dekah. "Tengok... aku dah cakap. Driver aku tu memang bodoh!" Kata Datuk K sambil menekan-nekan perut kerana terlalu geli hati.

Selepas penat ketawa, Datuk M pula mengutuk pemandunya.

"Pemandu I lagi teruk. Kalau you tak percaya tengok ni." Dia pun memanggil pemandunya, Rambo. Berlarilah RAmbo mendapatkan bosnya itu.

"Rambo," kata Datuk M "pergi ke rumah saya, cuba tengok samada saya ada di rumah atau tidak!"

"Baik Datuk! sekarang juga saya pergi!!" balas Rambo lalu terus cabut ke rumah Datuk M, satu kilometer dari situ.

KAH! KAH! KAH!

Dua-dua Datuk itu ketawa sampai terkencing!

"Nampak apa yang I katakan tadi? Dia langsung tak gunakan otak, mana boleh I ada di dua tempat dalam satu masa. Kah kah kah!" Datuk M ketawa terbahak-bahak. Datuk K pun ketawa macam nak habis nafas.

Nak dijadikan cerita kedua-dua pemandu itu bertembung di pertengahan jalan. Dol menggeleng kepala, cakap pada Rambo "Bos aku tu bodoh betullah. Dia kasi aku 10 ringgit, suruh aku beli Mercedes dua biji. Mana boleh? Kau pun tau sekarangkan hari minggu, semua kedai kereta tutup!"

Rambo angguk lima enam kali. "Betul tu, betul," katanya bersungguh-sungguh.
"Tapi aku rasa bos aku lagi bodoh! Ada ke patut dia suruh aku balik, tengok samada dia ada di rumah atau tidak... padahal diakan boleh check sendiri, telefon jela!"

Ulasan

Catat Ulasan