Selasa, 9 Ogos 2011

Lawak Tiga Pemburu

Tiga orang pemburu masuk ke hutan yang tebal untuk memburu rusa. Sedang mereka berjalan di dalam hutan itu, tiba-tiba keluar sekumpulan orang asli menangkap mereka dan membawa pulang ke perkampungan orang asli.

Di kampung berkenaan mereka dihadapkan berjumpa dengan ketua orang asli. Ketua orang asli merenung ketiga-tiga pemburu. Kemudian berkata-

"Kamu bertiga akan kami lepaskan dengan selamat. Tapi dengan syarat! setiap seorang perlu mencari 3 biji buah dan bawa kepada saya".

Ketiga-tiga pemburu tersebut berpecah untuk mencari buah masing-masing dan kembali semula berjumpa ketua orang asli berkenaan.


Pemburu pertama membawa 3 biji buah pisang. "Sekarang masukkan buah berkenaan dalam punggung kamu. Tapi ingat jangan bunyi suara. Jika tidak, kamu akan dibunuh!" perintah ketua orang asli.

Maka orang-orang asli pun mula memasukkan buah pisang kedalam punggung pemburu berkenaan. Malangnya belum pun habis pisang bertama masuk, dia mula menjerit sakit. Lalu orang asli membunuhnya.

Pemburu yang kedua pula membawa buah rambutan. Seperti juga pemburu yang bertama, buah-buah berkenaan dimasukkan ke punggungnya. buah pertama lepas, buah kedua lepas, buah ketiga... ketika hampir habis dimasukkan, tiba-tiba pemburu berkenaan ketawa terbahak-bahak tanpa apa-apa sebab. Lalu dia juga dihukum bunuh.

Dan ketika roh pemburu pertama dan pemburu kedua berjumpa, pemburu pertama bertanya mengapakah dia ketawa? pemburu kedua menjawab "Aku nampak kawan kita yang sorang lagi tu bawak buah durian!"

Keh keh keh

1 ulasan:

  1. hahaha ... last sekali mmg lawak lh aduiii ... hehehe ...

    BalasPadam

Cerita Menarik

PEMBERITAHUAN

Segala paparan di dalam blog ini bukanlah hak terpelihara penulis. Sebaliknya semua bahan-bahan ini hasil carian penulis dari blog-blog lain. Sekiranya penulis terambil sebarang gambar atau hak cipta terpelihara sesiapa, sila beritahu kepaa penulis untuk dibuang dari blog ini.

About Me

Foto saya
suka melihat orang lain ketawa berdekah-dekah apabila kita berjaya membuat sesuatu yang mencuit hati. kalau tak gelak, senyum pun ok la... senyum, xperlu kata apa2...lalala