Gigi Palsu

Ismail, penceramah yang akan membentnagkan kertas kerja dalam satu seminar, menggelabah selepas menyedari gigi palsunya tertinggal di rumah.

"Alamak, macam mana ni, giliran saya dah dekat!" Ismail menceritakan masalahnya itu kepada lelaki yang duduk di sebelahnya.

"Jangan risau" Balas lekaki berkenaan lantas satu-satu gigi palsu dari poket kirinya.

"Terima kasih" Ucap Ismail, tergesa-gesa dia memasang gigi palsu itu tapi longgar pula! "Alamak, macam mana ni?" Dia makin panik.

"Relaks, cuba yang ini pula" Lelaki berkenaan seluk poket kanan, keluarkan seset lagi gigi palsu. Ismail mencubanya. Wah, ngam-ngam dengan saiz gusinya.

"Fuh! Nasib baik saya duduk sebelah doktor gigi". Kata Ismail ketika menjabat tangan lelaki disebelahnya itu.

"Doktor gigi? Saya penjaga bilik mayatlah" Balas lelaki tersebut.

Ulasan