Jawatan Kosong Akauntan

Syarikat Lim Tat sibuk mencari seorang akauntan baru. Berpuluh-puluh orang datang tetapi selepas ditapis, tiga calon terbaik dipanggil untuk sesi temu duga kali kedua bagi memilih salah seorang daripada mereka. Calon pertama masuk, duuk di hadapan pengurusi syarikat.

Pengurusi: Dua campur dua berapa?
calon A: Empat, tuan.
Itu saja soalan yang dikemukakan, calon A disuruh keluar. Calon B pula masuk.


Pengurusi: Dua campur dua berapa?
calon b: Empat, tuan.
Juga satu soalan saja ditanya. Calon B keluar, masuk calon C.

Pengurusi: Dua campur dua berapa?
Calon C: Tuan nak berapa, cakap dengan saya, kecil aja masalah tu...
Pengurusi: Ya, inilah akauntan yang saya cari-cari. Tahniah, awak boleh mula bertugas esok...

Ulasan

Catat Ulasan