Selasa, 14 Disember 2010

Lawak Polis Dan Topi

Sedang berjalan menghala ke arah balainya, topi seorang anggota polis tiba-tiba melayang-layang ditiup angin yang bertiup kencang. Suspek yang sedang diiringinya pantas berkata, "Tuan! Perlukah saya kejar topi itu?"


Jawab anggota polis berkenaan: "Apa engkau ingat aku ni bodoh sangat? Kalau aku cakap 'ya', engkau bukan ambil topi tu, tapi engkau terus cabut lari. Hah!"

Suspek terkulat-kulat.Polis tersebut dengan muka bengis berkata lagi, "Sekarang engkau tunggu sini, biar aku ambil sendiri," lalu polis berkenaan pun berlari mengejar topinya yang bergolek-golek di atas jalan, meninggalkan si suspek seorang diri!

4 ulasan:

Cerita Menarik

PEMBERITAHUAN

Segala paparan di dalam blog ini bukanlah hak terpelihara penulis. Sebaliknya semua bahan-bahan ini hasil carian penulis dari blog-blog lain. Sekiranya penulis terambil sebarang gambar atau hak cipta terpelihara sesiapa, sila beritahu kepaa penulis untuk dibuang dari blog ini.

About Me

Foto saya
suka melihat orang lain ketawa berdekah-dekah apabila kita berjaya membuat sesuatu yang mencuit hati. kalau tak gelak, senyum pun ok la... senyum, xperlu kata apa2...lalala