Tersasar

Sepasukan tentera sedang berlatih menembak di lapang sasar. Malangnya salah seorang daripada mereka itu teruk betul bidikannya. Sepuluh tembakan dibuat, satu pun tidak mengenai sasaran.

"Argghh! Apa nak jadi engkau ni, hah?" Sergah kaptennya.

"Maaf tuan! Tersasar Tuan!!!" jawab penembak itu tergigil-gigil.

Si kapten angkat jari telunjuk dan beri amaran keras; "Saya akan dekatkan sikit jarak pada lima meter tapi kalau tak kena jugak, siap!!!"

Tapi sedih, sama juga keputusannya. Sebutirpun tak kena. Tergigil-gigil anggota tentera itu mengadap kaptennya. "Maaf tuan! Tersasar lagi tuan!!"

Kapten yang sedang angin tu apa lagi, memekik "Engkau ni memang @#$%^^!!!. Kalau macam ni baik kau pergi belakang berek, tembak kepala sendiri. Pergi sekarang jugak!!!"


Kerana patuh dengan arahan, anggota tentera yang lurus bendul itu pun pergi ke belakang berek. Beberapa saat kemudian terdengarlah bunyi tembakan dilepaskan. DAM! DAM! ketika si kapten dengan anggota-anggotanya panik dengan apa yang berlaku, si askar yang disangka sudah mati itu tiba-tiba keluar dari belakang berek dan berlari ke arah kaptennya. "Maaf tuan! Tersasar lagi!".

Ulasan