Khamis, 9 Jun 2011

Lawak Kucing

Suatu hari, seorang budak membeli beberapa bungkus serbuk pencuci di sebuah kedai dobi. Pekedai itu amat hairan apabila melihat budak tersebut membeli begitu banyak pencuci.

Pekedai: Dik nak buat apa beli banyak sangat serbuk pencuci ni?

Budak: Sabun ni untuk kucing saya mandi!

Pekedai: Untuk kucing? Banyak sangat sabun adik beli ni. Nanti mati pula kucing tu.

Tanpa menjawab pertanyaan pekedai tersebut, budak itu terus berlalu pergi bersama serbuk sabun yang dibelinya. Esoknya budak itu kembali ke kedai dobi tersebut dengan muka sedih.

Pekedai: Hah, macam mana dengan kucing adik? Dah bersih? Wangi?

Budak: Tak, kucing saya dah mati...

Pekedai: Itulah pakcik dah cakap, banyak sangat serbuk sabun yang adik beli untuk mandikan kucing tu.

Budak: Kucing saya mati bukan sebab srbuk sabun tu pakcik

Pekedai: Habis?

Budak: Kucing saya mati sebab mesin basuh tu pusing laju sangat!!!

Pekedai: &%^$$@#

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Menarik

PEMBERITAHUAN

Segala paparan di dalam blog ini bukanlah hak terpelihara penulis. Sebaliknya semua bahan-bahan ini hasil carian penulis dari blog-blog lain. Sekiranya penulis terambil sebarang gambar atau hak cipta terpelihara sesiapa, sila beritahu kepaa penulis untuk dibuang dari blog ini.

About Me

Foto saya
suka melihat orang lain ketawa berdekah-dekah apabila kita berjaya membuat sesuatu yang mencuit hati. kalau tak gelak, senyum pun ok la... senyum, xperlu kata apa2...lalala