Kedai Apple Palsu Di China


 Negara China memang syurga menghasilkan barang-barang tiruan yang hampir 100% sama dengan yang asli. Luaran sahaja yang nampak sama dan meyakinkan. Tapi kualiti belum tentu lagi.

Saya tertarik untuk memuatkan gambar-gambar sebuah kedai yang kononnya menjual gadget jenama Apple dimana kedai itu pun memaparkan logo Apple dan sekali lihat memag sebijik macam yang benar!


Keghairahan China terhadap iPad dan iPhone telah menyebabkan pengeluaran gajet palsu berkenaan berleluasa dan paling mengejutkan kini terdapat sebuah kedai Apple palsu dan pekerjanya percaya mereka bekerja dengan Steve Jobs.


Kedai itu dibina di Kunming dan dikesan oleh seorang blogger dari Amerika yang pada mulanya turut terpedaya dengan muslihat itu.

Diatas adalah satu artikel dari akhbar online hari ini. Jom-jom kita layan gambar-gambar kedai berkenaan yang saya ambil dari sebuah blog-










Mungkin peniaga-peniaga di China berpegang pada kata-kata "alang-alang nak tiru, biar sampai ke pangkal lengan!" Hahahaha...

Kredit gambar ini kepada - Birdaboard

Ulasan

Catat Ulasan