Lawak Si Kecil johan | Nak Nyanyi

Setiap kali Johan keluar bersiar-siar dengan ibunya, Johan selalu saja bercakap dengan kuat apabila mahu membuang air kecil.

"Ibu, Johan nak kencing!" Teriak dia dengan kuat tanpa menghiraukan orang ramai. Si Ibu dengan cepat membawa Johan ke tandas awam yang berhampiran.

Dek kerana terlalu kerap membuat permintaan yang sama, si Ibu menyuruh Johan jangan bercakap 'nak kencing' setiap kali nak buang air kecil.


"Lain kali Johan sebut saja nak nyanyi, maka ibu akan faham yang Johan nak kencing"

Bermula dari hari itu, Johan tidak lagi menyebut mahu 'kencing', sebaliknya nak 'nyanyi'. Ibu Johan akan membawanya ke tandas untuk Johan melepaskan hajatnya.

Suatu Hari Johan pulang ke kampung dan tidur bersama neneknya.

Johan: Nenek, Johan nak nyanyi...

Nenek: Lah, apa kena cucu aku ni tengah-tengah malam nak nyanyi pula. Tidurlah, esok siang kita nyanyi.

Johan: Dah tak tahan ni nek, Johan nak nyanyi... cepat la nek!

Nenek: haish, cucu aku sorang ni la... Yela, yela... Nyanyi pelan-pelan kat telinga nenek ni...

(cerita lepas tu, anda sambung sendiri ye...) ngee

Ulasan