Guna Tuala Wanita Tutup Nombar Plat Kereta?


Lorh! macam mana boleh terfikir idea sebegini untuk mengelak dari disaman akibat memandu laju? wanita sangat hebat! hahaha

Cuba baca laporan berita di bawah ini untuk mengetahui kisah sebenar :-p

Seorang pemandu dikesan memandu laju di sebuah lebuh raya China oleh polis melalui kamera pengawasan pada hari Rabu lalu.


Apabila pasukan penguat kuasa mahu merekodkan nombor pendaftaran kereta tersebut, mereka mendapati bahawa nombor tersebut telah ditutup oleh objek putih.

Sepasukan polis telah dihantar untuk mengesan sebuah BMW putih di Zhejiang.

Apabila pemandu perempuan itu berjaya dikesan, dia agak malu-malu sambil menanggalkan tuala wanita pada plat pendaftaran keretanya.

"Saya tidak mahu gambar kereta saya dirakam oleh kamera, jadi saya menutup nombornya.


"Ini adalah satu-satunya benda yang saya ada dan boleh melekat, jadi ia tidak akan jatuh," katanya.

Pemandu telah dikenakan dua saman dengan jumlah denda sebanyak 400 yuan (RM198) dan sembilan mata ditolak dari rekod pemanduan beliau. 

Sumber

Ulasan