Selasa, 6 Disember 2011

Lawak Mat Joget Insaf


Merasa sudah insaf, Mat Joget pergi ke sebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Sedang mendengar ceramah. sebuah tabung derma diedarkan.

Mat Joget dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma tersebut.

Tiba-tiba seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahu Mat Joget dan memberikannya duit sebanyak RM200.

Mat Joget tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan ke dalam tabung derma. Mat Joget menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu.

Tidak berapa lama kemudian, pak cik di belakangnya menepuk bahunya sekali lagi sambil membisikkan sesuatu ke telinga Mat Joget.

"Encik, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi," kata pak cik itu tersenyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Menarik

PEMBERITAHUAN

Segala paparan di dalam blog ini bukanlah hak terpelihara penulis. Sebaliknya semua bahan-bahan ini hasil carian penulis dari blog-blog lain. Sekiranya penulis terambil sebarang gambar atau hak cipta terpelihara sesiapa, sila beritahu kepaa penulis untuk dibuang dari blog ini.

About Me

Foto saya
suka melihat orang lain ketawa berdekah-dekah apabila kita berjaya membuat sesuatu yang mencuit hati. kalau tak gelak, senyum pun ok la... senyum, xperlu kata apa2...lalala