Selasa, 23 Ogos 2011

Koleksi Gambar-gambar Wanita Berambut Panjang

Dulu kakak saya ketika masih bersekolah menyimpang rambut yang sangat panjang. Melebihi paras punggung rambut kakak! waktu tu jika keluar berjalan, rambut kakak akan menjadikan orang yang lalu di sebelahnya akan toleh dua kali.

Tapi itu dulu la. Sekarang dia dah berumah tangga dan rambutnya yang panjang itu pun dah lama dipotong sebelum kakak melanjutkan pelajaran ke maktab.

Himpunan gambar wanita berambut panjang ini saya tujukan khas untuk kakak saya, harap dia masih ingat kenangan ketika dia berambut panjang :)

Ahad, 14 Ogos 2011

Lawak Si Kecil Johan | Skandal

Suatu hari sedang Johan bermain-main di taman permainan berhampiran rumahnya, dia terlihat kereta ayahnya dipandu ke arah hutan berhampiran dengan rumahnya. Akibat terdetik perasaan ingin tahu, Johan terus menuju ke arah dimana dia melihat kereta ayahnya sebentar tadi.

Tiba disana dia melihat ayahnya sedang bermesra dengan seorang wanita yang juga jiranya. Teruja dengan apa yang dilihatnya, Johan cepat-cepat berlari ke rumah untuk memberi tahu kepada ibunya.

"Ibu! Ibu! tadi Johan nampak ayah pandu kereta ke arah hutan sana dengan makcik Jenab. Mereka bermesra-mesra selepas itu ayah menurunkan tempat duduk makcik Jenab dan ......"

Rabu, 10 Ogos 2011

Gambar Haiwan Bercakap?

Haiwan bercakap? Kalaulah betul bercakap habis la bagi mana-mana tuan yang ada membela haiwan kesayangan seperti kucing. Nanti habis kucing tu cerita rahsia anda sebab bila tension jer cari kucing untuk luahkan perasaan. Hahaha...

Sambil-sambil menanti waktu berbuka, di bawah ini beberapa keping gambar haiwan yang telah di edit dan dimasukkan sedikit dialog. Jom layan~!

Selasa, 9 Ogos 2011

Lawak Tiga Pemburu

Tiga orang pemburu masuk ke hutan yang tebal untuk memburu rusa. Sedang mereka berjalan di dalam hutan itu, tiba-tiba keluar sekumpulan orang asli menangkap mereka dan membawa pulang ke perkampungan orang asli.

Di kampung berkenaan mereka dihadapkan berjumpa dengan ketua orang asli. Ketua orang asli merenung ketiga-tiga pemburu. Kemudian berkata-

"Kamu bertiga akan kami lepaskan dengan selamat. Tapi dengan syarat! setiap seorang perlu mencari 3 biji buah dan bawa kepada saya".

Ketiga-tiga pemburu tersebut berpecah untuk mencari buah masing-masing dan kembali semula berjumpa ketua orang asli berkenaan.

Cerita Menarik

PEMBERITAHUAN

Segala paparan di dalam blog ini bukanlah hak terpelihara penulis. Sebaliknya semua bahan-bahan ini hasil carian penulis dari blog-blog lain. Sekiranya penulis terambil sebarang gambar atau hak cipta terpelihara sesiapa, sila beritahu kepaa penulis untuk dibuang dari blog ini.

About Me

Foto saya
suka melihat orang lain ketawa berdekah-dekah apabila kita berjaya membuat sesuatu yang mencuit hati. kalau tak gelak, senyum pun ok la... senyum, xperlu kata apa2...lalala