Sayang Punya Pasal, Bapa Simpan Mayat Anak Selama Enam Tahun Dalam Peti Sejuk!

Kehilangan orang tersayang kadang-kala memang sukar untuk diterima. Namun sebagai manusia, kita kena akui bahawa sesuatu yang hidup pasti akan mati juga di kemudian hari.

Kisah seorang bapa yang menyimpan mayat anaknya selama enam tahun di dalam peti sejuk akibat tak sanggup berpisah di bawah ini, menunjukkan sifat kasih sayang yang amat tinggi seorang ayah kepada anaknya.


BEIJING - Seorang bapa di Huangling sanggup menyimpan mayat anak lelakinya yang berumur 18 tahun di dalam peti sejuk sejak enam tahun lalu kerana tidak sanggup berpisah dengan anaknya.

Tukang kayu berumur 54 tahun itu juga nekad memasang generator elektrik untuk memastikan mayat anaknya tidak terjejas memandangkan kawasan tersebut kerap mengalami gangguan bekalan elektrik.

Menurut Tian Xueming, apabila sudah tiba masanya, dia dan isterinya akan mengebumikan anak mereka mengikut upacara dan adat masyarakat setempat.

- MailOnline

Ulasan